Pendahuluan
           Isu anak tak sah taraf di Malaysia sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat hari ini. Kisah-kisah tentang pembuangan bayi sering mendapat liputan utama di dada akhbar, manakala kes-kes wanita hamil tanpa nikah yang berada di pusat pemulihan semakin bertambah dari masa ke semasa. Statistik kelahiran anak luar nikah daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2013 sehingga Januari 2017 mencatatkan bilangan yang sangat besar, iaitu 155,744 orang. Pelbagai usaha dilaksanakan bagi membendung masalah ini, antaranya ialah menempatkan pesalah sosial di pusat pemulihan akhlak, mewujudkan pusat penjagaan bayi bagi bayi yang tidak dikehendaki dan memberi latihan kemahiran diri bagi membantu golongan yang bermasalah ini meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).
            Islam memelihara kesucian nasab keturunan seseorang dan agama Islam itu sendiri memberi perlindungan kepada semua insan yang lahir di muka bumi ini. Namun, bagi anak zina sesetengah haknya agak berbeza sedikit dengan anak sah taraf kerana statusnya yang disabitkan kepada ibu yang melahirkannya dan bukan kepada ayahnya. Kesucian anak zina ini sering dipertikaikan disebabkan dengan gelarannya sebagai anak tak sah taraf, sedangkan anak zina ini tidak berdosa dan hanya menjadi mangsa keadaan. Bukan itu sahaja, anak zina ini juga sering dipandang negatif oleh masyarakat. Bahkan, anak zina ini kadang kala ditemui terdampar, dibuang atau diserahkan kepada orang awam untuk dipelihara. Anak tak sah taraf hendaklah diberi perlindungan serta nafkah yang sama seperti anak-anak yang lain mengikut hukum syarak dan undang-undang. Penjagaan anak ini akan memberikan implikasi kepada masyarakat dan negara dalam hal yang berkaitan seperti hadanah, nafkah dan haknya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa alternatif yang telah diambil oleh sesetengah institusi bagi melindungi kepentingan dan kebajikan anak zina serta meringankan beban pihak-pihak yang terlibat.


Definisi Anak Zina
        Definisi merupakan pentakrifan sesuatu perkataan bagi menerangkan sesuatu makna agar lebih mudah difahami. Definisi anak zina boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza iaitu dari sudut hukum syarak dan undang-undang. Manakala, daripada perspektif undang-undang dapat diklasifikasikan sama ada menurut undang-undang syariah atau undang-undang sivil. Berdasarkan definisi yang dikemukakan juga dapat memberikan gambaran mengenai ciri-ciri seseorang yang boleh dikategorikan sebagai anak zina.

Definisi Anak Zina Menurut Hukum Syarak
        Menurut Jamalluddin bin Hashim dan Basri bin Ibrahim (2011:3), anak zina atau dalam istilah bahasa arab dikenali sebagai walad al-zina ialah anak yang dilahirkan daripada perhubungan yang tidak sah di sisi hukum syarak dan anak tersebut bukan anak yang hasil daripada perhubungan yang wati syubhah.[1]
            Anak zina ialah anak yang dilahirkan daripada perhubungan yang tidak sah di sisi hukum syarak. Menurut istilah fuqaha pula, anak zina ialah anak yang dilahirkan hasil dari persetubuhan haram atau tanpa akad perkahwinan yang sah atau fasid atau persetubuhan syubhah atau dilahirkan sebelum tempoh enam bulan qamariah setelah persetubuhan di sisi jumhur atau setelah akad perkahwinan di sisi Abu Hanifah atau anak yang dilahirkan selepas empat tahun menurut al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah atau selepas dua tahun menurut al-Hanafiyyah selepas berlakunya perceraian. Lihat Biro Bantuan Guaman (2002), Hak Hadhanah Menurut Fuqaha Serta Konsep Pemakaiannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri, h. : 38. Lihat juga, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2013 telah membincangkan mengenai anak tak sah taraf.[2] Muzakarah telah memutuskan bahawa anak tak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan. Selain itu, anak tak sah taraf juga merupakan anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut takwin qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).[3]
            Sehubungan dengan itu, anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.[4]
            Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 6 September 2005 bersetuju menerima Sighah Pewartaan Anak Tak Sah Taraf seperti berikut iaitu keputusannya anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkhawinan kedua pasangan ibu ‘bapanya’ atau tidak hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada ‘Abdullah’.[5]
            Anak zina adalah anak yang dilahirkan ibunya melalui jalan yang tidak syari’i, atau itu hasil dari hubungan yang diharamkan. Masing-masing dari anak zina dan li’an tidak boleh mewarisi harta ayahnya dan kerabat ayahnya berdasarkan ijma’ ulama. Dia hanya mewarisi harta ibunya kerana nasab dari ayahnya terputus disebabkan hubungan dengan ibunya pasti, tiada keraguan di dalamnya.[6]
            Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah saw bersabda :
 Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan. (Riwayat Al-Bukhari)[7]


Definisi Anak Zina Menurut Peruntukan Undang-Undang
            Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah. Di dalam peruntukan undang-undang telah menyatakan: “ Tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan dari persetubuhan syubhah.”Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1998:2), dan Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (2005:157) penggunaan istilah “ anak tak sah taraf” juga diterima pakai menurut tafsir yang diperuntukkan di dalam kebanyakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri yang menyatakan “anak tak sah taraf” ialah seseorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol atau anak yang dilahirkan kurang enam bulan daripada tarikh akad nikah dan dia adalah anak yang bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
            Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama. Peruntukan dan undang-undang menyatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpa firash, maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatan perkahwinan. Jumhur ulama berpendapat bahawa tidak harus disambungkan nasab anak zina dengan bapa biologinya.
            Manakala, terdapat segelintir ulama yang mengharuskan dinasabkan anak zina kepada bapanya seperti Muhammad bin Sirin dan Ibn Taimiyyah serta diperkukuhkan oleh anak muridnya Ibn Qayyim. Akan tetapi, Hassan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhai’iy berpendapat bahawa harus menghubungkan anak zina dengan bapa zinanya setelah dikenakan hukuman hudud ( Nur Helmi Ikhsan: 2013:23).[8]

Definisi Anak Zina Menurut Commom Law
        Menurut Shamsuddin Suhor (1994: 140), di bawah Commom Law, taraf anak-anak yang lahir daripada satu perkhawinan akan menjadi tak sah taraf apabila perkhawinan ibu bapa mereka dibatalkan oleh mahkamah. Walau bagaimanapun, kedudukan ini telah diubah oleh statut-statut seperti Marriage Act Statutes 1949 dan Matrimonial Causes Act 1973, dan kini secara amnya menerima anak-anak tersebut sebagai anak sah taraf. Namun terdapat kemungkinan anak-anak yang dilahirkan daripada suatu perkhawinan tak sah akan terus kekal menjadi anak tak sah taraf jika terdapat perasaan was-was dalam diri ibu bapa sama ada perkhawinan mereka sah atau tidak.[9]
            Fenomena anak tak sah taraf di Malaysia seakan-akan sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat kita. Ini kerana perkara ini sudah terlalu kerap berlaku. Kisah-kisah tentang pembuangan bayi terpampang di dada akhbar, sementara kes ibu hamil tanpa nikah yang berada di pusat pemulihan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Berdasarkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sejak tahun 2013 hingga 2017, terdapat lebih 167,073 bayi yang direkodkan kelahirannya tanpa bapa telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. [10] Ini bermakna, secara purata:

33,415 orang bayi dilahirkan
Dalam tempoh setahun
2,784 orang bayi dilahirkan
Dalam tempoh sebulan
93 orang bayi dilahirkan
Dalam tempoh sehari
4 orang bayi dilahirkan
Dalam tempoh sejam


Implikasi Anak Tak Sah Taraf Dalam Islam
1.       Penamaan
            Jika seseorang anak lahir tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah di antara ibunya dengan lelaki yang mensetubuhinya dan bukan persetubuhan syubhah, maka anak tersebut tidak boleh dibin atau dibintikan kepada bapa zina. Sebaliknya hendaklah dibinkan atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama ”Asma’ ul-Husna” yang berpangkalkan Abdul. Kedudukan ini berbeza dengan anak yang bukan beragama Islam. Kesahtarafan anak akan dikira dari tarikh ibu dan bapa anak tersebut memeluk Islam.[11]
            Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia kali pertama yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 telah membincangkan penamaan anak tidak sah taraf (anak luar nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkhawinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.[12]
            Seorang anak yang dijumpai terbiar atau anak pungut yang tidak diketahui asal usulnya hendaklah dibin atau dibintikan Abdullah dan jika nama Abdullah bersamaan dengan orang yang memelihara anak itu, maka boleh dipilih nama “Asma Al-Husna” lain yang berpangkalkan Abdul seperti Abdul Rahman dan Abdul Rahim.[13]

Penentuan Nasab Menurut Perspektif Islam
        Menasabkan anak kepada nama bapa adalah perkara yang penting. Itu melibatkan persoalan wali, perwarisan dan sebagainya. Hukum menasabkan anak angkat kepada ayah angkat juga adalah haram, apatah lagi dalam masalah anak zina. Firman Allah swt, maksudnya
“……dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Panggil mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar, itu lebih adil di sisi Allah. Sekiranya kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan….” (Surah Al-Ahzab,4-5)[14]
            Menasabkan kepada nama ayah angkat mahupun kepada ayah asal hasil dari zina adalah haram. Begitu juga menasabkan kepada ibunya tidak digalakkan kerana ia dapat menimbulkan kesan psikologi kepada anak tersebut. [15] Contohnya kes Wan Azmi lwn Nik Salwani [1990] 9 JH (2) 192, mahkamah telah memutuskan bahawa, anak yang dilahirkan selepas lapan bulan perkahwinan (lebih kurang) adalah sah tarafnya kerana ia adalah lebih dari enam bulan dan terdapat bukti berlakunya persetubuhan di antara kedua suami isteri. Mahkamah juga menolak tuntutan bahawa anak itu bukan anak Yang Kena Tuntut kerana beliau tidak terus menafikan anak tersebut selepas anak itu dilahirkan malah penafian hanya dibuat setelah tuntutan nafkah anak itu dibuat. Contoh lain kes Ismail lwn Kalam (1995) 10 JH 41, pihak menuntut telah menceraikan isterinya pada 28 September 1985. Seorang anak telah dilahirkan pada 23 September 1989. Oleh kerana jarak perceraian dengan tarikh anak itu dilahirkan adalah lebih dari empat tahun, Mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bekas suami ibu anak tersebut.[16]


2.      Pergaulan dan Hubungan.
             Dalam Islam anak tak sah taraf bebas menjalin apa-apa hubungan atau aktiviti sepertimana yang dilakukan oleh kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Hukum pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan ibunya adalah sama dengan lelaki asing yang tiada kaitan dengannya (bukan mahram) kecuali lelaki tersebut menjadi suami ibunya maka hubungannya adalah sebagai ayah tiri. Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak di sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah.[17]
            Anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada menjalinkan apa-apa hubungan atau menjalankan aktiviti bersama seseorang kanak-kanak Islam lain yang sah tarafnya. Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang telah melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walau pun lelaki tersebut adalah bapanya yang sebenar (bapa biologi), hendaklah berasaskan pergaulan di antara anak tiri dan bapa tiri. Jika anak tak sah taraf itu ialah seorang perempuan, maka wudhu’nya dan wudhu’ suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah taraf atau pun lelaki lain, maka tidak terbatal wudhu’nya kerana menurut pandangan hukum syarak suami ibunya itu adalah mahram (bapa tiri). Perhubungan antara anak tak sah taraf dengan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah itu.
3.      Harta Pusaka.
            Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan ibunya. Begitu juga ibu tidak terputus hubungan kekeluargaan dengan anak tersebut. Oleh itu, kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Seseorang anak tak sah taraf tidak boleh mempusakai harta bapanya yang tidak sah. Begitu juga bapa tidak boleh mewarisi harta anak tersebut kerana kedua-duanya telah terputus hubungan kekeluargaan.[18]

4.      Perwalian.
             Hak perwalian diri anak tak sah taraf terletak kepada ibunya. Walaubagaimanapun, wali perkahwinan bagi seseorang anak tak sah taraf perempuan dipegang oleh Wali Hakim (iaitu Yang DiPertuan Agong/Sultan/Raja atau individu yang diberi tauliah) atau wali sebelah ibunya. Ini adalah kerana seseorang perempuan tidak sah menjadi wali di dalam apa jua perkahwinan. Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya : Sultan adalah wali kepada sesiapa yang tidak mempunyai wali. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 Lelaki yang menyetubuhi ibunya sebelum akad nikah yang sah, sama ada ia (lelaki) berkahwin atau tidak dengan ibunya selepas itu, tidak sah menjadi walinya. Selain itu, anak perempuan yang lahir hasil dari penzinaan yang tidak dikhawini dengan pasangan zinanya, maka tidak haram anak zina tersebut untuk berkhawin dengan bapa zinanya. Walau bagaimanapun, makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya. [19]

5.      Kematian
          Kematian seseorang anak tak sah taraf yang belum baligh adalah menurut hukum agama ibunya. Jika ibunya beragama Islam, maka ia dihukumkan sebagai seorang yang beragama Islam. Dengan demikian, mayatnya hendaklah diurus secara pengurusan jenazah seorang muslim. Sekiranya ibunya bukan seorang yang beragama Islam, maka ia dihukumkan sebagai seorang yang bukan beragama Islam, sekali pun lelaki yang menyetubuhi ibunya itu adalah seorang yang beragama Islam.

6.      Perkahwinan
          Keraguan berhubung kesahan perkahwinan seorang anak tak sah taraf perlu dikikis kerana agama tidak pernah membezakannya dengan kanak-kanak lain. Mereka juga seperti insan-insan yang lain. Kesalahan yang berlaku sehingga mereka dilahirkan bukanlah dosanya tetapi hasil perbuatan ibu dan lelaki yang menyetubuhi ibunya. Oleh itu perkahwinan anak tak sah taraf perempuan adalah sah, walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki yang baik nasabnya tidak digalakkan mengahwininya.[20]

7.      Pertukaran Status Anak Tak Sah Taraf
         Seseorang anak tak sah taraf boleh bertukar sifatnya apabila dia dibuang oleh ibunya dan dijumpai oleh orang lain. Pada ketika itu statusnya akan bertukar menjadi anak laqit (iaitu anak pungut). Dia akan menjadi anak angkat kepada sesiapa yang memungut dan diberi tanggungjawab memeliharanya berdasarkan peruntukan yang diberikan kepada seorang anak angkat.[21]

8.      Amal Kebajikan.
          Amal kebajikan anak tak sah taraf sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat adalah sama seperti anak-anak tak sah taraf yang lain. Anak tak sah taraf adalah seorang yang suci dan bersih dari sebarang dosa ibu dan bapanya.[22] Firman Allah swt :
Maksudnya : ... dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiaptiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);... (Surah al-An’am : 164)
Firman Allah swt lagi : Maksudnya : (Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): ”Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.
 (Surah Saba’ : 25)
Amal kebajikan mereka tetap akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T sama seperti amal kebajikan orang Islam yang lain. Firman Allah swt : Maksudnya : Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! . Dan sesiapa berbuat  kejahatan sebesar dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. (Surah al-Zalzalah : 7-8) [23]

Hak Penjagaan Bagi Anak Tak Sah Taraf
            Berhubung dengan penjagaan anak tak sah taraf, ia adalah dipertanggungjawabkan semata-mata kepada ibu dan saudara-mara sebelah ibunya. (Jika seseorang anak yang dipungut dan tidak dapat ditentukan keturunannya iaitu sama ada Islam atau pun bukan Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir (kerajaan) membesarkannya,menjaga kebajikannya serta mendidiknya menurut agama Islam kerana bersandarkan kepada majoriti rakyat sesebuah negara itu yang beragama Islam). [24]
            Hubungan nasab (keturunan) anak tak sah taraf dengan ibu serta ahli keluarganya tidak terputus. Oleh itu tanggungjawab menjaga anak tak sah taraf menjadi tanggungjawab ibu dan ahli keluarga di sebelah ibunya.[25] Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 85 memperuntukkan bahawa : “Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu”. Peruntukan ini selaras dengan kehendak hukum Syarak yang menetapkan hubungan nasabnya (keturunan) hanya dengan ibunya sahaja. Kedudukan ini sudah tentu memberikan hak penjagaan kepada ibunya atau ahli keluarga ibunya.[26]

Faktor-faktor yang Menyebabkan Ibu Bertanggungjawab Menyara Anak Tak Sah Taraf dan Bukan kepada Bapa
        Terdapat beberapa faktor penjagaan anak tak sah taraf disabitkan kepada ibu bukan kepada bapa antaranya ialah bagi mengelakkan bayi tersebut daripada terdedah kepada bahaya jika tiada orang yang boleh bertanggungjawab secara langsung terhadap dirinya terutama dari sudut penjagaan dan kebajikan. Selain itu, kebiasaannya lelaki yang berzina dengan seseorang perempuan disifatkan sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Hal ini demikian kerana, jika lelaki tersebut seorang yang bertanggungjawab sudah pasti lelaki tersebut akan terlebih dahulu bernikah dengan wanita tersebut.
            Bukan itu sahaja, kebiasaannya lelaki yang melakukan perbuatan zina ini akan menghilangkan dirinya apabila mendapati wanita yang berzina dengannya telah hamil. Pada masa ini, jarang sekali untuk ditemui seseorang lelaki dengan mudah akan mengakui bahawa dia adalah bapa luar nikah bagi seseorang bayi yang baru dilahirkan. Di samping itu, lelaki berkenaan juga mungkin meragui bahawa dia adalah bapa kepada bayi berkenaan kerana pada pandangannya mungkin wanita berkenaan ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
            Seterusnya, faktor yang menyebabkan ibu adalah lebih berhak terhadap penjagaan seorang kanak-kanak yang masih kecil kerana sifat keibuan dan rasa kasih sayang yang ada padanya. Apabila Islam meletakkan tanggungjawab kepada wanita berkenaan menyara anak tersebut, ini adalah kerana bagi menjaga kepentingan anak itu sendiri.[27]

Penjagaan Anak Zina Menurut Peruntukan Undang-Undang
Seksyen 85 menyebutkan: “Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu”.
            Peruntukan ini menjelaskan bahawa penjagaan anak tak sah taraf adalah pada ibunya dan saudara mara ibunya kerana nasabnya hanya sabit disebelah ibu. Peruntukan ini juga menjelaskan yang anak tak sah taraf sama ada lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk mendapat jagaan yang sempurna (Abdul Monir Yaacob, 1999:223).
            Undang-undang Islam juga ada memperuntukkan peraturan bagaimana seseorang bayi yang dibuang dan tidak diketahui ibu bapanya harus ditangani dengan mewajibkan secara fardu ain, jika tiada orang lain yang berada di tempat kejadian dan ditakuti jika bayi itu tidak diambil nyawanya akan terancam, maka orang yang menemuinya mestlah mengambil dan memeliharanya dengan sepatutnya.[28]

Perlindungan Anak Zina Yang Beragama Islam di bawah Undang-Undang di Malaysia
            Menurut Azizah Mohd (2009: 51) nasab dan anak tak sah taraf di bawah Akta Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Di Malaysia, undang-undang Islam di bawah Enakmen Negeri-negeri. Di Wilayah Persekutuan contohnya, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mengandungi beberapa peruntukan berkenaan anak tak sah taraf. Terma nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang berasaskan pertalian yang sah. Dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam, anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah. Akta Undang-undang Keluarga Islam menyebut;
            Tak sah taraf berhubung dengan seorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. Terdapat peruntukan yang sama dalam Enakmen Negeri-negeri di Malaysia contohnya di Kelantan, Melaka, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak. Walaupun peruntukan berkenaan anak tak sah taraf ini agak umum, terdapat peruntukan lain yang memperuntukan tentang bagaimana menentukan kesahtarafan seorang anak.

Perlindungan di Bawah Akta Kanak-Kanak 2001
        Akta Kanak-Kanak 2001 telah digubal bagi tujuan perlindungan kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu dan bapa dan kanak-kanak yang teraniaya. Oleh kerana aplikasinya yang umum yang memperuntukan perlindungan kepada semua kanak-kanak Islam dan bukan Islam, maka peruntukan ini juga boleh digunakan bagi tujuan melindungi anak zina. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan yang secara lansung yang disediakan untuk anak zina, kecuali apabila anak tersebut dibuang atau dianiaya. Contoh peruntukan yang  melindungi anak yang dibuang ialah:
            Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan jika kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu bapa atau penjaganya atau telah dibuang oleh ibu bapa ataupenjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaganya anak itu dapat ditemui dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu.[29]

Kes-Kes Berkaitan Penjagaan dan Pemeliharaan Anak Tak Sah Taraf Mengikut Undang-Undang Sivil
        Di dalam undang-undang sivil tidak dinyatakan mengenai cara pensabitan anak zina kerana undang-undang sivil melihat kedudukan anak zina adalah berpandukan kepada perkhawinan pasangan yang melahirkan anak tersebut. Jika pasangan tersebut telah berkhawin, walaupun perempuan tersebut telah hamil sebelum perkhawinan, anak tersebut dikira sebagai anak kepada pasangan tersebut.
            Selain itu, menurut undang-undang sivil, kesahtarafan adalah suatu persoalan fakta yang mana beban membuktikan kebapaan adalah suatu yang amat sukar. Oleh itu, mereka telah menggunakan maxim “pater nest quem nuptiae demostrant” untuk memudahkan pembuktian. Maxim ini membawa maksud sekiranya anak itu dilahirkan oleh seorang wanita yang sudah berkhawin, maka suaminya akan dianggap sebagai bapa kepada anak itu sehingga dibuktikan sebaliknya. (Nigel Lowe, Gillian Douglas, 2007: 257)
            Berdasarkan kes yang terdapat di dalam Shamsuddin bin Suhor (1995), iaitu kes The Queen v. Nash, In Carey, An Infant mahkamah memutuskan bahawa ibu adalah sorang yang paling dekat hubungannya dengan anak tersebut dan dialah orang yang paling berhak terhadap penjagaan dan pemeliharaan anak tak sah tarafnya. Secara tidak lansung hubungan yang dimaksudkan dalam kes ini dapat dikaitkan dengan pertalian darah yang wujud antara anak zina tersebut dengan ibu kandungnya. Dalam masa itu, kes yang diputuskan dalam kes Ex Parte Knee, Sir James Mansfield mengatakan ibu kepada anak tak sah taraf adalah orang yang paling berhak terhadap penjagaannya melainkan ada alas an yang jelas melupuskan hak tersebut. Kemudian diikuti pula oleh kes Bernado v. McHugh yang memutuskan bahawa kehendak ibu harus diambil kira selain daripada kebajikan anak itu sendiri.[30]

            Menurut Re Miskin Rowter ia juga membuktikan bahawa selain daripada kebajikan anak-anak yang harus diutamakan, kehendak-kehendak ibu itu juga perlu diambil kira dan dalam kes ini mahkamah telah meletakkan anak zina tersebut di bawah jagaan ibunya. Manakala, dalam kes Masam v. Salina Saropa & Anor mahkamah telah memberikan hak penjagaan sebaliknya kepada ibu angkat dan bukan kepada ibu kandungnya sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes di atas seperti Nash, McHugh dan Miskin Rowter.
            Bagi kes Tan Siew Kee v. Chua Ah Boey mahkamah telah memberikan hak penjagaan anak tak sah taraf kepada bapa memandangkan kebajikan anak lebih berhak kepadanya setelah dipertimbangkan semua perkara dalam erti kata yang menyeluruh. Berdasarkan kes yang dinyatakan di atas hak penjagaan anak tak sah taraf mengikut undang-undang sivil tidak sama  seperti apa yang terdapat di dalam peruntukan undang-undang syariah. Penjagaan anak tak sah taraf menurut undang-undang syariah lebih terjamin kerana pensabitan nasabnya hanya kepada ibu dan keluarga sebelah ibu.[31]

Nafkah Bagi Anak Tak Sah Taraf
            Segala nafkah dan saraan hidup anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah kerana anak tak sah taraf itu dinasabkan kepada ibunya, tidak kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Peruntukan mengenai tanggungjawab nafkah ini juga terdapat dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303) seksyen 80 (1) iaitu : “Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah”. Walau bagaimanapun, di Kedah, tidak terdapat peruntukan yang mengecualikan tanggungjawab ibu membayar nafkah yang dilahirkan akibat rogol.
            Seksyen 3(2) Akta 263 memperuntukkan bahawa jika seseorang mengabaikan atau enggan menanggung anak tak sah tarafnya yang tidak mampu menanggung dirinya sendiri, mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut membuat bayaran bulanan yang mahkamah rasakan munasabah. Walau bagaimanapun, bagaimanakah memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada anak tidak sah tarafnya sedangkan dia tidak berkahwin dengan ibu anak tersebut? Kebiasaannya ialah melihat sijil kelahiran anak iaitu nama lelaki tersebut ditulis di dalam sijil tersebut. Selain itu, ujian DNA juga dilakukan untuk menentukan siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan ibu anak mengandung hingga melahirkan anak tak sah taraf itu.[32]
            Ini telah dibuat dalam kes Othman bin Haji Abdul Halim lwn Hamisah binti Awang apabila responden telah memfailkan permohonan nafkah anak terhadap perayu yang responden nyatakan sebagai bapa anak. Perayu menafikan tuntutan tersebut tetapi majistret memerintahkannya membayar RM200 sebulan kepada si anak. Sementara menunggu rayuan, kedua-dua pihak melalui ujian DNA untuk menentukan hubungan genetic kedua-dua belah pihak dengan anak tersebut. Ujian itu dikendalikan oleh pakar dari Hospital Kebangsaan Malaysia dan pakar juga mencadangkan pendapat kedua diambil. Responden enggan menerima kesahihan keputusan ujian tersebut kerana ujian tidak mengikut prosedur yang mengakibatkan ia tidak diterima sebagai keterangan. Mahkamah Tinggi memutuskan laporan ujian DNA tidak boleh diterima pakai. Penghujung kes ini masih belum diketahui dan responden telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung.
            Dalam kes Peter James Binsted lwn Jevencia Autor Partosa responden telah mendakwa perayu ialah suami dan bapa kepada anaknya. Oleh yang demikian, beliau telah memohon nafkah di bawah seksyen 3(1) Akta 263. Perayu menafikan dakwaan responden. Majistret telah memerintahkan perayu dan anak menjalani ujian DNA. Perayu telah merayu ke atas keputusan majistret tersebut ke Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ujian DNA hanya boleh dijalankan jika pihak yang terlibat memberi persetujuan untuk menjalankan ujian tersebut. Jika dijalankan tanpa persetujuan, akan melanggar peruntukan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Tambahan pula tiada undang-undang bertulis atau peraturan Common Law yang memberi kuasa kepada mahkamah di Malaysia untuk memerintahkan seseorang menjalani ujian untuk menetukan kebapaan (paternity). Oleh yang demikian adalah menjadi suatu kesalahan bagi majistret memerintahkan perayu menjalani ujian tersebut.
            Keputusan Mahkamah Tinggi mengenai ujian DNA boleh menyebabkan anak tak sah taraf mengalami kesulitan mendapat nafkah daripada lelaki yang menyebabkan ibu anak mengandung dan melahirkannya. Ujian DNA ialah ujian saintifik terkini untuk menentukan hubungan genetic antara seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang mengaku lelaki tersebut ialah bapanya. Jika masih berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada, ia agak terhad dan sudah tibalah masanya ia dipinda bagi membolehkan cara atau kaedah baru diterima pakai di Malaysia.[33]
            Nafkah anak tak sah taraf juga boleh dipohon di bawah peruntukan Akta Mmeperbaharui Undan-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dengan anak ditakrifkan sebagai “anak kepada suatu perkahwinan” yang termasuk anak tak sah taraf (Abdul Monir Yaacub & Siti Shamsiah Md Supi, 2006: 40-41).
            Sebelum 9 September 1994, tuntutan untyuk menyara seorang anak tak sah taraf  boleh dibuat di Mahkamah Majistret yang mmepunyai kuasa untuk memerintahkan si bapa membayar elaun nafkah anaknya yang tak sah taraf. Dalam kes Roslan bin Abdul Ghani lwn Zulkifli, pihak menuntut telah membuat tuntutan nafkah dari seaminya untuk dirinya dan seorang anak mereka yang tak sah taraf. Walau bagaimanapun, mahkamah telah menolak tuntutan nafkah anak yang tak sah taraf dan menasihatkan pihak yang menuntut untuk membuat permohonan nafkah di Mahkamah Majistret.
            Pada dan selepas 9 September, peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret untuk mendengar dan membicarakan tuntutan nafkah anak tak sah taraf terhadap bapanya telah dimansuhkan. Ini kerana tindakan ini bertentangan dengan hukum syarak. Walau bagaimanapun, di dalam kes Mohd Hanif Fakirullah lwn Bushra Chaudri & Anor, Mahkamah telah membenarkan seorang anak tak sah taraf yang beragama Islam untuk membuat tuntutan pembayaran nafkah kepada bapa biologinya di bawah Akta Nafkah Anak dan Perempuan Bersuami 1950. Berdasarkan kes ini, seorang anak tak sah taraf boleh membuat tuntutan nafkah kepada bapa biologinya di bawah Akta Nafkah Anak dan Perempuan Bersuami 1950.[34]   

PENUTUP
            Penjagaan anak tak sah taraf dari sudut hukum syarak dan undang-undang perlu diambil berat kerana anak tak sah taraf juga berhak mendapat hak penjagaan seperti anak sah taraf yang lain. Selain itu, di dalam undang-undang juga diperuntukkan mengenai penjagaan anak tak sah taraf iaitu di bawah Seksyen 85 yang menyatakan bahawa ibu dan saudara mara ibu berhak mendapat penjagaan anak tak sah taraf.
            Selain daripada penjagaan anak tak sah taraf, pemberian nafkah kepada anak tak sah taraf juga perlu ditekankan. Nafkah bagi anak tak sah taraf juga boleh dipohon di bawah peruntukan yang terdapat di dalam undang-undang di Malaysia.
            Justeru itu, adalah tidak wajar jika hal berkaitan kebajikan anak tak sah taraf tidak diambil berat. Ini kerana bukan sahaja hukum syarak menyatakan hak penjagaan dan juga nafkah kepada anak tak sah taraf malahan, aspek perundangan juga telah menyediakan beberapa peruntukan mengenai penjagaan anak tak sah taraf dan juga nafkah anak tak sah taraf.

 RUJUKAN
1)      Al-Quran dan Terjemahannya
2)      Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
3)      http//www.e-fatwa.gov.my.28 Julai 2013
4)      EBOOK fatwa_munakahat.gov.my
5)      Fatwa-Fatwa berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia, Prof.Madya.Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajudin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli bin Mohammad (MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)
6)      Wanita Dambaan Syurga, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
7)      Fiqih Islam Wa Adillatuhu, Hak-hak Anak, Wasiat, Wakaf, Warisan, Jilid 10, Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
10)  Wanita Status Sosial dan Undang-Undang Islam, Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismailc




[1] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[2] http//www.e-fatwa.gov.my.28 Julai 2013
[3] EBOOK fatwa_munakahat.gov.my
[4] Fatwa-Fatwa berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia, Prof.Madya.Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajudin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli bin Mohammad (MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)
[5] Wanita Dambaan Syurga, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
[6] Fiqih Islam Wa Adillatuhu, Hak-hak Anak, Wasiat, Wakaf, Warisan, Jilid 10, Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaili
[7] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.pdf
[8] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang-Undang Sivil, Prof. Dr. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)

[9] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[10] http://m.e-muamalat.gov.my
[11] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.
[12] Fatwa-Fatwa berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia, Prof.Madya.Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajudin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli bin Mohammad (MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)
[13] http://www.e-fatwa.gov.my
[14] Al Quran dan Terjemahan, (Surah Al-Ahzab,4-5)
[15] Wanita Dambaan Syurga, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
[16] http://www.sppim.gov.my/pdf/panduan/kedudukan_anak_tak_sah_taraf.
[17] http://m.e-muamalat.gov.my
[18] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/jakim-anak_tak_sah_taraf.
[19] Wanita Dambaan Syurga, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
[20] http://www.sppim.gov.my/pdf/panduan/kedudukan_anak_tak_sah_taraf.
[21] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.
[22] Wanita Dambaan Syurga, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
[23] Al-Quran dan Terjemahan, (Surah al-An’am : 164), (Surah Saba’ : 25), (Surah al-Zalzalah : 7-8)

[24] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/jakim-anak_tak_sah_taraf.
[25] http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf
[26]Wanita Status Sosial dan Undang-Undang Islam, Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail
[27] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[28] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[29] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[30] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[31] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)
[32] Wanita Status Sosial dan Undang-Undang Islam, Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismailc

[33] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)

[34] Anak Zina Menurut Hukum Syarak& Undang Undang Sivil, Prof. Madya. Dr. Basri bin Ibrahim Al Hasani Al Azhari, Ustazah Mashitoh binti Mohamad Hashim (BA Syariah)

Comments

  1. assalam...sy ingin bertanya...sy pernah melahirkn anak tak sah taraf pd tahun lpas...kini anak sy berusia 8bulan...sy tlh menyerahkannya kpd spsg suami istri atas khendak kluarga...dan tlh mnandatangani surat akuan sumpah serta surat penyerahan anak kpd mereka wlaupn hakikatnya sy tak rela...mereka juga bjanji tidk akn memutuskn hbungan sy dgn bayi...mereka ckp sy blh bjumpa anak sy stelah sy sign surat tsebut di jkm...namun ktika sy mhubungi mreka utk bjumpa dgn ank sy,mreka bg alsn agr sy tidk dpt bjumpa ank sy...bkn skali,tp dah bbrapa kali mreka mngelak..sy tertekan krn rindukn ank sy..slalu bmimpi dia...jiwa sy merana..knp mreka sggup tipu sy..apa yg sy fkirkn skrg,sy ingin mngambilnya smula..soalan sy, bolehkah sy mnuntut ank sy kmbali? dan apakah caranya? mohon bantu sy..

    ReplyDelete
  2. adakah sy msih ada harapan?

    ReplyDelete
  3. salam..sy Ingin penjelasan..sy serahkan anak x sah taraf sy pd keluarga bapa zina..skrg anak x sah taraf sy berusia 12 tahun.mmg susah utk sy berjumpa dgn anak sy..apakah ada harapan sekiranya sy hendak mengambil anak sy semula???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye masih ada harapan. awak ibunya lebih berhak

      Delete
    2. Maaf puan.. Mohon dengan Izin Puan Najwa untuk sy berkongsi sedikit ilmu. Maaf puan. Sy merupakan seorang Peguam Syarie. Berkenaan soalan puan, puan boleh menuntut hak puan melalui Permohonan Hadhanah (Hak Jagaan Anak) di Mahkamah Syariah tempat puan mastautin. Pihak mahkamah akan meneliti dokumen daripada pihak puan dan selepas penelitian yang telus mahkamah akan mengeluarkan satu perintah bahawa puan sebagai hadhinah yg berhak untuk menjaga anak tersebut. Perintah tersebut akan mengikat pihak2 dan jika ad yg melanggarnya boleh dikenakn hukuman komital. Wallahua'lam. Jika ada apa2 maklumat yg puan perlukan boleh hubungi sy di talian 019-4577370 atau fb; Hazlami Rashid.

      Delete
  4. salam, maaf sy ingin bertanya ? suami sy ada anak tak saraf tetapu ber bin kan suami sy. dan masa yang sama bekas isteri suami saya persoalan hak nafkah sahaje tetapi hak untuk perjumpaan dgn anak tidak di pertikaikan ? bagaimana nk selesaikan masala ini 😊

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum saya mempunyai anak tidak sah taraf . skrg saya masih di wad hospital abdul halim . dan saya jugak telah dirujukkan bahagian counseling . masalah saya tidak boleh discharge selagi waris tak jemput . ayah saya dah arwah mak saya pulak sakit tidak larat nk dtg ke kedah . mak pon tinggal di kl . yang nk bertanggungjawab semua ats anak saya dgan saya ni bakal mak mertua saya . skrg masih lagi kira mak angkat . dia telah buat semua keperluan baby dgan keperluan saya . saya sedih tak kan saya kena duduk smpai bila² kat hospital ni selagi pewaris saya tak dtg
    . lagi pon saya anak tunggal takd adik beradik .. tlongg saya ... saya skrg masih lagi berpantang di hospital ni . nak jalan pon tak larat sbb saya czeer . :(

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. sy nk mnta pendapat dn penjelasan.. mcm mane sy nk pertahankan hak sy dgn ank tak sah tarah sy yg kini berusia msok 3 thun.. jika suami mahu ambil ank itu slepas berlaku penceraian.? Cmne cara sy nk pertahankan nya??

    ReplyDelete
  7. mcm mne pulak klau ank luar nikah dijauhkan dari ibu nya ?

    ReplyDelete
  8. salam..sy Ingin penjelasan..saya baru sahaja bernikah dengan bapa kepada anak luar nikah kami pada 17 ogos 2019 yang lalu...saya dan suami sekarang tinggal di rumah ibu bapa saya..ank x sah taraf kami kini dijaga oleh keluarga bapa nya sejak dari bulan 6 tak silap saya..saya berkerja sendiri..menolong mak saya berniaga...dan sekarang saya menunggu untuk mendapat perkerjaan baru...saya dijauhkan untuk berjumpa dan mengambil kembali ank saya walaupon sekarang kami sudah sah menjadi suami isteri...alasan mereka kerana saya tidak berkerja..dan mereka mahu saya berkerja untuk membantu suami mencari rumah sewa sendiri,mencari rezeki dan cari pengasuh untuk menjaga anak luar nikah kami sementara kami berkerja..saya berfikir sementara saya menunggu untuk mendapat pekerjaan..saya mahu mengambil ank tak sah taraf kami untuk tinggal bersama kami untuk beberapa hari..tetapi keluarga suami saya (bapa kepada anak tidak sah taraf) tidak mahu bagi saya berjumpa dengan anak saya selagi saya tidak mendapat pekerjaan dan rumah sewa...mereka juga ada berkata "kalau kau nak buat report..kau buatlah..aq boleh buat report kt jkm yg mak dia xkeja..ko ingat diaorg (jkm) nak lepaskan ke ?? "
    soalan saya..adakah saya bersalah dan saya tidak dapat hak jagaan anak saya kalau mereka membuat report ?
    tolong jelaskan persoalan saya...saya sangat2 rindukan anak saya...mereka yang ada anak akan rasa apa yang saya rasa...sakit sangat..rindu yang teramat..ya allah😔...hanya mampu melihat anak saya di dalam video dan gambar...

    ReplyDelete
  9. salam, mnta pncerahan bagaimana utk sy dpt kan nafkah untuk anak tak sah taraf? or mmg ank taksah taraf tidak layak utk mndapatkn nafkah dari bapanya yg bkn ber bin kn dia??

    ReplyDelete
  10. salam..sy Ingin penjelasan..sy telah bercerai dengan bapa zina anak saya 2 tahun yang lalu.. syarat utk perceraian saya tidak dibenarkan untuk mengambil anak saya yang ketika itu berumur 10 tahun. maka saya serahkan anak x sah taraf sy pd keluarga bapa zina untuk hak penjagaan..skrg anak x sah taraf sy berusia 12 tahun... mmg susah utk sy berjumpa dgn anak sy kerana keluarga belah mereka tidak mengizinkan terutama jika mereka ingin bermalam dirumah saya.. jika mereka mengikut saya pun , nanti mereka akan dimarahi oleh bapanya ....apakah ada harapan sekiranya sy hendak mengambil anak sy semula???untuk makluman anak tak sah taraf saya merupakan kembar lelaki...

    ReplyDelete

Post a Comment